Peserta Miss Malaysia World 2013 beragama Islam akan dipenjara?



Dua bekas peserta Miss Malaysia World 2013 beragama Islam iaitu Sara Amelia Muhammad Bernard dan Wafa Johanne De Korte berhadapan risiko dihukum penjara sekiranya mereka didapati salah kerana menghina sendiri baru-baru ini.

Ia kerana kedua-dua mereka kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya kepada mana-mana pihak yang menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.


0 comments:

Post a Comment

Komen yang mengandungi "Hyperlinks" / Text warna biru akan dipadam, Harap maklum.

Comments that contain "hyperlinks" / Text color blue will be deleted, Please note.