Terkini! Lenovo Malaysia Hasilkan Telefon Pintar! Harga Lebih Murah Daripada iPhone


Terkini! Lenovo Malaysia Hasilkan Telefon Pintar! Harga Lebih Murah Daripada iPhone

Lenovo Malaysia membawakan barisan telefon pintar terus ke negara ini melalui model K900, P780, S920, S820, A706 dan A380.

K900 dibariskan di depan sebagai model utama berkuasa pemproses Intel Atom dengan rekaan senipis 6.9mm menjadikannya telefon paling nipis pada kategorinya dengan berat hanya 162g.

Model terbabit meng­gunakan bahan kukuh aloi dan polikarbonat di samping keupayaan skrin 5.5 inci jenis IPS 1080p HD Penuh pada 400 piksel setiap inci yang dikuasakan skrin sentuh Gorilla Glass 2.

P780 pula sesuai bagi kegunaan profesional dan ahli perniagaan apabila mesin terbabit direka untuk beroperasi 24/7 menampilkan ketahanan bateri sehingga 4000mAh yang turut dilengkapkan perisian Tenaga Pintar Lenovo.

Lain pula ceritanya dengan S920 yang direka berdasarkan saiz skrin 5.3 inci apabila golongan sasar­nya anak muda aktif bersosial di Internet dan kaki apabila kameranya diperkemaskan dengan resolusi kamera 8MP selain pemprosesan grafik hebat.

Sementara model S820 memperjudikan memaparkan skrin 4.7 inci HD yang menawarkan
pengguna imej lebih terperinci sesuai bagi mereka menonton filem HD kegemaran tanpa masalah ‘lagging’.

Model A706 pula bukan saja dilengkapi pemprosesan Quad Core 1.2GHz dan RAM 1GB, malah ia dikatakan telefon yang bersesuaian sekiranya anda menitikberatkan soal wang ringgit dalam pembelian apabila dijual pada harga hanya RM699.


0 comments: